SeMarak PerJuangan by Soutul Amal

SummarY Usrah BDT [ust Najib]…siri 1

nik-aziz.jpg

2 Zulhijjah 1428H ~ 12 Disember 2007

FALSAFAH HIJRAH DAN PEMBINAAN DAULAH ISLAMIYYAH

(Sambungan I)

 

Kronologi Hijrah ke Habshah.. (sambungan)

Ø pihak Quraisy menghantar 2 orang utusan (Amr al-‘As dan Abdullah Abi

Rabi’ah) membawa hadiah tetapi ditolak oleh Raja Najasyi (penganut

Kristian)

Quraisy ditekan dan dizalimi

Sebagai contoh: ketika berjualbeli, barang-barang yang dijual akan dijual dengan kadar harga 2 kali ganda daripada harga sebenar

Contoh lain: mereka tidak lagi boleh mengamalkan amalan-amalan sebagai seorang Muslim

Setelah menyedari akan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Allah, Raja Najasyi membuat keputusan untuk memasuki Islam

Ø Khabar palsu tentang pengislaman ahli Mekah

Kronologi Selepas Hijrah ke Habshah sehingga berlakunya Hijrah ke Madinah

Ø Tahun dukacita

ketika itu, berlakunya kematian bapa saudara nabi iaitu Abu Thalib menyebabkan perjuangan nabi terbantut

selain itu, ditakdirkan juga berlakunya kematian isteri nabi yang disayangi iaitu Siti Khadijah

Ø bertambah terkanan dari Quraisy dan hijrah ke Tho-if

Definisi Hijrah:

berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain

hijrah dari keburukan kepada kebaikan

Atas tujuan apa kita berhijrah?

dizalimi dan dianiayai

Surah an-Nisa’: 4: 97 98

Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat dalam keadaan menzalimi diri sendiri, mereka (para malaikat) bertanya, “Bagaimana kamu ini?” Mereka menjawab, “Kami orang-orang yang tertindas di bumi (Mekah).” Mereka (para malaikat) bertanya, “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah (berpindah-pindah) di bumi itu?” Maka orang-orang itu tempatnya di neraka Jahanam, dan (Jahanam) itu seburuk-buruk tempat kembali, kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau perempuan dan anak-anak yang tidak berdaya dan tidak mengetahui jalan (untuk berhijrah)..”

memelihara 5 prinsip tuntutan dalam Islam yang perlu dijaga

Maqsid Syari’ah :

i. Memelihara agama (cth: terdapat undang-undang Islam ke atas orang yang murtad)

ii. Memelihara nyawa / diri (cth: hukuman Qisas – bunuh balas bunuh)

iii. Memelihara harta (cth: kesalahan mencuri – terdapat hukuman potong tangan)

iv. Memelihara maruah (menjaga kehormatan diri) (cth: larangan mendekati zini dsb.)

v. Memelihara akal (cth: larangan untuk meminum arak dsb.)

menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya

Surah al-Anfal: 8: 73

Dan orang-orang kafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah (saling melindungi), niscaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar…”

mencari tempat baru untuk berdakwah

mengumpul kekuatan

Proses penghijrahan:

(1) HABSHAH à (2) THO-IF à (3) MADINAH

(1) Kronologi Hijrah ke Habshah:

Ø muslimin ditekan dan dizalimi

Ø turunnya ayat berkaitan hijrah

Ø saranan Nabi sollallahu ‘alaihi wassallam kepada muslimin untuk

berhijrah ke Habshah

Ø hijrah Muslimin ke Habshah berlaku pada bulan Rejab tahun ke-5

Ø Kenabian dengan penyertaan oleh 80 orang muslimin dan 18 orang

muslimat

Ø pihak Quraisy menghantar 2 orang utusan (Amr al-‘As dan Abdullah Abi

Rabi’ah) membawa hadiah tetapi ditolak oleh Raja Najasyi (penganut

Kristian)

* Tiada lagi hijrah selepas pembinaan Kota Mekah

Bersambung pada usrah seterusnya…

SummarY Usrah BDT [ust Najib]…siri 2

selawat_walpaper_4.jpg2 Zulhijjah 1428H ~ 12 Disember 2007

FALSAFAH HIJRAH DAN PEMBINAAN DAULAH ISLAMIYYAH

(Sambungan I)

 

Kronologi Hijrah ke Habshah.. (sambungan)

Ø pihak Quraisy menghantar 2 orang utusan (Amr al-‘As dan Abdullah Abi

Rabi’ah) membawa hadiah tetapi ditolak oleh Raja Najasyi (penganut

Kristian)

Quraisy ditekan dan dizalimi

Sebagai contoh: ketika berjualbeli, barang-barang yang dijual akan dijual dengan kadar harga 2 kali ganda daripada harga sebenar

Contoh lain: mereka tidak lagi boleh mengamalkan amalan-amalan sebagai seorang Muslim

Setelah menyedari akan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Allah, Raja Najasyi membuat keputusan untuk memasuki Islam

Ø Khabar palsu tentang pengislaman ahli Mekah

Kronologi Selepas Hijrah ke Habshah sehingga berlakunya Hijrah ke Madinah

Ø Tahun dukacita

ketika itu, berlakunya kematian bapa saudara nabi iaitu Abu Thalib menyebabkan perjuangan nabi terbantut

selain itu, ditakdirkan juga berlakunya kematian isteri nabi yang disayangi iaitu Siti Khadijah

Ø bertambah terkanan dari Quraisy dan hijrah ke Tho-if

Ø dakwah ditolah dengan serangan, ejekan dan maki hamun serta dilontar batu hingga berdarah kaki nabi

mereka mengumpulkan budak-budak dan menyuruh mereka melontar batu pada nabi menyebabkan kaki nabi berdarah

Ø nabi kemudiannya berlindung di sebuah kebun dan berdoa:

“ Ya Allah, kepada-Mu lah aku mengadu akan kelemahanku, kekuranganku,…”

(x sempat salin sehingga habis)

Ø Islam Addas (pengislaman Addas)

Ø Peristiwa isra’ mi’raj

Ø Bertemu dengan kaum Aus dan Khazraj pada musim Haji dan pada ketika itu seramai 7 orang menerima Islam

Ø Terjadinya Bai’atul Aqabah yang pertama – seramai 12 orang menyatakan pengislaman mereka yang terdiri daripada kaum Ansar

Ø Tahun berikutnya 72 orang dikalangan Ansar dating dan berbai’ah dan berjanji akan mempertahankan Islam

Ø Perlantikan 12 orang Naqib (orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai) dikalangan kaum Aus dan Khazraj

Cara Melakukan Ba’ah

Baginda Nabi memegang tangan kecuali perempuan

Kandungan Bai’atul Aqabah I

jangan sekutukan Allah

jangan mencuri

jangan berzina

jangan membunuh

jangan melakukan perkara keji

menta’ati nabi s.a.w. dalam perkara ma’aruf

siapa yang patuh ganjarannya di sisi Allah

siapa yang ingkar dia akan mendapat balasannya

Kandungan Bai’atul Aqabah II

(pertahankan Islam)

(mulanya syari’at untuk seruan jihad)

patuh dan taat sama ada sewaktu senang atau susah, lapang atau sibuk, dan tidak berpaling tadah dan berkata benar di mana sahaja berada serta tidak takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah sahaja

antara seruan-seruan jihad:

i. diizinkan kamu berperang sekiranya kamu dizalimi

ii. sekiranya dikeluarkan dari kampung tanpa hak, mereka dibolehkan berperang

iii. sesiapa yang memusuhi kamu, musuhilah mereka

Bersambung pada usrah seterusnya…

SummarY Usrah BDT [ust Najib]…siri 3

373372381l.jpg

16 Zulhijjah 1428H ~ 26 Disember 2007

Kesimpulan & sedikit rumusan (sirah)

  • Kepentingan mempelajari sirah:

Ilmu yang perlu diketahui

Bukan hanya setakat sejarah (cth: seperti kita mempelajari sejarah hang tuah dsb.)

Sirah perlu diketahui dengan cara yang betul

Contoh:

Hadith Sohih:

“…semasa peperangan Muslim menentang Yahudi, sekiranya ada orang Yahudi yang menyorok di belakang pokok ‘ghorkot’(tak tahu eja), pokok tersebut akan beritahu, “Ya Muslim, ada orang Yahudi di belakangku..”

Terdapat 2 pendapat (ulama’) terhadap kata-kata tersbut:

i. Lisan al-hal

Bukan mulut yang bercakap, tetapi situasi dan keadaan yang ‘bercakap’ seolah-olah menggambarkan dan menceritakan apa yang berlaku

ii. Lisan al-maqal

Lidah yang bercakap/ berkata-kata

Dalam hal ini, kata-kata tersebut merujuk kepada Lisan al-hal yang mana suasana pada waktu tersebut yang memberitahu mengenai kejadian tersebut (orang Yahudi bersembunyi di sebalik pokok tersebut)

Perkataan ‘Ya Muslim’ juga merujuk kepada orang Islam yang mana perlu bersatu untuk menentang orang Yahudi

Mengetahui tentang kejadian sebelum hijrah

Memahami cara dan perilaku Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wassallam sebagai ikutan

Dapat lihat bagaimana orang Islam pada zaman dahulu menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan Islam.

Contoh situasi pada masa kini:

Merujuk kepada isu pelajar Muslim memegang babi:

Benar perkara tersebut tidak jadi suatu masalah untuk memegangnya(babi / anjing), hanya perlu samak setelahnya. Namun, perkara yang perlu dijaga adalah fitnah dan sensitiviti masyarakat.

Hadith (maaf kalau tersalah):

‘Alfitnatu naa-imatun la’ana Allahu man aiqadzohaa’

(Fitnah itu sedang tidur,…tak sempat salin)

Syarat-syarat menggunakan anjing:

i. untuk menjaga rumah

ii. untuk menjaga kebun

iii. untuk berburu

* selain tujuan di atas, tidak dibenarkan untuk menggunakan anjing,

dan jika terkena, perlu samak

‘al’aadatun muhakkamatun’

(adat boleh jadi hukum)

Surah al-‘Ankabut: 29: 2,

Pantaskah mereka mengatakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji

Nabi Nuh a.s. berdakwah selama 900 tahun, tapi hanya sedikit sahaja yang menerimanya

Nabi Allah diuji semasa menyampaikan dakwah, baginda dibaling dengan batu hingga berdarah

Boleh baca buku mengenai ZAINAB AL-GHAZALI untuk mengetahui cabaran-cabaran bagaimana beliau ditentang dan dizalimi dalam proses beliau menyebarkan dan mempertahankan Islam

Mengetahui kepentingan hijrah

Baginda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wassallam berhijrah untuk mendapatkan kuasa dalam usaha untuk membina Daulah Islamiyyah (jalankan kehidupan Islam, undang-undang Islam dsb.)

Kepentingan dakwah

Dakwah terbahagi kepada 2:

i. Dakwah sirriyyah (rahsia, tersembunyi)

ii. Dakwah jahriyyah (terang-terangan)

* Semasa menjalankan dakwah secara jahriyyah inilah, baginda telah dizalimi dan ditekan oleh penduduk-penduduk Quraisy

Dakwah kepada individu:

i. Dakwah Fardhi (individu) – boleh dilaksanakan pada hal-hal

tertentu

ii. Dakwah Jama’ah (berkumpulan) – cth: kempen kesedaran dakwah; kempen bertudung dsb.

Kaedah dakwah kepada individu:

i. Dakwah bil hal (*lebih berkesan)

Melalui fizikal – cth: cara penampilan dsb.

ii. Dakwah fil maqal

Melalui kata-kata – cth: teguran dsb.

Kupasan Berkaitan Hadith

  • Keadaan pada akhir zaman menunjukkan bilangan kaum perempuan lebih ramai berbanding kaum lelaki. Kajian menunjukkan nisbah perempuan dan lelaki ialah: 4 perempuan: 1 lelaki
  • Perempuan kurang dari sudut akal (masalah/kelemahan dalam berfikir) dan agama

Akal perempuan terletak pada lidahnya

mereka akan banyak bercakap dan kemudiannya baru berfikir

mulut à fikiran (akal)

terlalu banyak sangat bercakap, boleh mendatangkan kemudaratan

· Sementara lelaki pula, mereka akan berfikir dahulu sebelum bercakap

Hal inilah adakalanya menyebabkan seseorang lelaki itu pandai memutarbelitkan keadaan, menipu dan sebagainya

Fikiran à mulut

  • Akal terbahagi kepada 2:

i. ‘aklun matbu’ : akal matbu’ iaitu akal yang diciptakan oleh Allah dengan kecerdikan yang semulajadi

ii. ‘aklun masnuk : sesuatu yang boleh diusahakan, seseorang yang dianugerahkan Allah dengan akal ini akan mencapai apa yang diimpikan jika diiringi dengan usaha (jika usaha, ia akan dapat)

Tambahan

  • “Kebaikan boleh menghilangkan dosa-dosa kamu”

  • “Ilmu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan diterima oleh orang-orang yang

melakukan maksiat”

  • “Jangan berputus harapan”

Tawakal – kerja hati (Tawakal berasal dari perkataan ‘wa ka la’ iaitu wakil; wakilkan hati)

Usaha – kerja diri/ fizikal

  • Doa yang boleh diamalkan oleh pelajar:

“Allahumma la sahlaa illa maa-ja’altahu sahla, wa-anta taj’alul haznaa idza

syikta sahla, sahhil lanaa umuuronaa birohmatika yaa-arhaman rahiminn”

(Ya Allah, sesungguhnya tiada suatu perkara yang mudah melainkan Engkau

mempermudahkannya, dan Engkau jualah yang menjadikan sifat dukacita,

maka permudahkanlah)

Sedikit pengenalan mengenai tajuk yang akan dibawa untuk usrah seterusnya iaitu ‘BATASAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN’

  • Suara perempuan boleh membawa kepada fitnah (yang boleh mendatangkan keghairahan lelaki)

Cth: nyanyi

Ahlan Bina

Abdullah Gul Berdiri Tegak Di Bumi Sekular

bookmark_bip.jpg

Bersempena Aidil Fitri baru-baru ini Presiden Turki Abdullah Gul
telah melangsungkan perkahwinan anak perempuannya Kubra Gul di
Istanbul. Abdullah merupakan bekas Menteri Luar kerajaan AK pimpinan
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang diketahui cenderung kepada
ideologi Islam, sesuatu yang malangnya asing dalam Turki moden yang
sekular sejak kemunculan Mustapha Kamal Atartuk.

Isteri Abdullah, merupakan isteri presiden yang pertama yang
mengenakan pakaian menutup aurat, suatu amalan yang dikawal ketat
oleh undang-undang dan peraturan Turki.

Namun kesungguhan Abdullah dan Perdana Menteri Erdogan melalui parti
AK untuk memperkenalkan kembali Islam, di bumi yang telah
menghapuskan saki-baki daulah Islamiah dizaman Mustapha Kamal itu,
dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati. Sesungguhnya
kewibawaan dan ketokohan kedua-dua pemimpin ini, yang bersih dan
berakhlak telah berjaya menawan hati majoriti rakyat Turki yang
dahagakan kepimpinan seumpama itu.

Cuba kita lihat upacara perkahwinan anak Presiden ini. Menurut
sebuah akhbar Turki majlis yang diadakan di Istanbul Preformance and
Congress Centre itu telah dihadiri oleh lebih 4,500 orang tetamu.
Tetapi atas arahan Abdullah majlis itu diadakan dalam keadaan serba
sederhana.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Datuk Bandar Istanbul Kadir
Topbas dengan Perdana Menteri Erdogan dan bekas Speaker Parlimen
Bulent Arinc sendiri bertindak sebagai saksi.

Abdullah telah mengarahkan agar tidak ada jambangan bunga diberikan
sebagai hadiah. Jika ada juga yang berhajat berbuat demikian, mereka
diminta menanam sebatang pokok di hutan simpan di Kayseri, iaitu
kampung Abdullah dan menurut laporan telah lebih 1,000 batang pokok
ditanam bagi tujuan itu. Dan menurut sebuah lagi laporan selain dari
barang kemas yang dihadiahkan oleh ahli keluarga, kebanyakkan hadiah
lain telah disedekahkan atas arahan Abdullah kepada keluarga anggota
tentera Turki yang terkorban semasa menjalankan tugas.

Dan menurut sebuah lagi akhbar, Abdullah tiba ditempat upacara
dengan menaiki kenderaan persendirian, bukannya kenderaan rasmi
Presiden. Kata Abdullah beliau menghadiri majlis anaknya itu sebagai
seorang bapa dan bukannya Presiden Turki.

Subahanallah demikianlah akhlak Presiden Turki, Abdullah Gul.

Dan sudah pastilah anak beliau dan hampir kesemua tetamu yang hadir
dimajlis tersebut berpakaian menutup aurat sebagaimana yang
disyariatkan oleh Islam. Begitulah kalau kita bersungguh mahu
kembali kepada Islam, walaupun perlembagaan negaranya menjunjung
sekularisma, namun cahaya Islam terus diketengahkan dengan berani
dan penuh hikmah oleh para pejuangnya dengan harapan satu hari nanti
rakyat Turki sendiri akan sedar dan bangun membawa perubahan
menyeluruh.